Monday, August 25, 2014

Hi, kawan-kawan! Baru-baru ini saya telah membaca satu berita tentang cara menjaga kesihatan semasa jerebu. Saya berasa saya perlu berkongsi di sini agar kesihatan kita terjaga.


Penjagaan Kepada Penghidap Penyakit Kronik Ketika Keadaan Berjerebu

Selain itu, daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap-penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam cell darah.1

Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.

Kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu2. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.3 Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka supaya menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:

  • Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
  • Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
  • Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.  Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
  • Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Lakukan senaman di dalam rumah.
  • Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam dan gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
  • Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
  • Jangan merokok.
  • Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.
  • Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi jerebu di tempat anda
Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

Rujukan
1.     The Haze and Health: A Blog About the Fog Kay Leong Khoo, FAMS, MBBS, MMed (Int Med), 2006
2.     American Thoracic Society. What constitutes and adverse health effect of air pollution? Am J Respir Crit Care Med 2000;161:665-73.
3.     Bai N, Khazaei M, van Eeden SF, Laher I. The pharmacology of particulate matter air pollution-induced cardiovascular dysfunction. Pharmacol Ther 2006; [Epub ahead of print].

26-06-2013

SELAMAT MEMBACA....
SILA MEMBERI KOMEN ANDA,
KOMEN ANDA AMAT SAYA HARGAI!!

15 comments:

  1. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan penggunaan kata ganda yang perlu dibuat pembetulan melalui petikan ini.

    ReplyDelete
  2. terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang dapat saya kesan. Antaranya ialah :-
    para penghidap-penghidap penyakit kronik - para penghidap penyakit kronik dalam frasa ini tidak perlu penggunaan kata ganda kerana para telah memberi gambaran majmuk.
    persafasan - kesalahan ejaan iaitu pernafasan
    berjerebu2 - dalam penulisan umum seperti ini penulis perlu mengelakkan penggunaan bahasa singkat
    langkah-langkah berjaga-jaga - penggunaan kata ganda secara serentak tidak sesuai. langkah - langkah penjagaan lebih sesuai..
    ini ialah pandangan saya. harap komen saya berguna kepada anda ..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pandangan yang anda berikan. Ya, saya amat setuju dan saya mendapati kesalahan yang anda senaraikan lebih mengutamakan pada penggunaan kata ganda.

    ReplyDelete
  4. Hai...saya mendapati beberapa kesalahan dari segi tatabahasa dan ejaan dalam petikan ini...Sebagai contoh:
    1. "Partikel yang kecil", boleh digantikan dengan "Mikro Partikel" ataupun "Partikel halus"
    2. "Cell darah", kena dituliskan "Sel darah"
    3. "Pesafasan", kena dituliskan "Penafasan"
    4. "Kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas,", dalam ayat ini, "Peningkatan Kejadian Susah Nafas", boleh digantikan dengan "Kesesakan penafsan"
    5. "Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini." Dalam ayat ini, "Diharap" harus dituliskan "Harap"

    Harap Louisa boleh meningkatkan tatabahasa dan penguasaan ejaan anda..
    Harap komen saya berguna kepada anda..

    Semoga Berjaya!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas komen yang diberikan oleh Suhui Lim. Saya berasa amat berguna dan akan saya mengubah kesilapan saya dari segi ejaan dan tatabahasa dari semasa ke semasa. Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata ganda. Apakah cara penggunaan yang betul?

    ReplyDelete
  6. Saya berasa tajuk 'Hi, kawan-kawan! Baru-baru ini saya telah membaca satu berita tentang cara menjaga kesihatan semasa jerebu. Saya berasa saya perlu berkongsi di sini agar kesihatan kita terjaga' terdapat kesalahan dari segi ayat dan penggunaan kata ganda.. Ada sesiapa yang boleh membantu mengubahnya?

    ReplyDelete
  7. Hai..Kata Ganda ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada:

    (a) kata ganda seluruh;

    (b) kata ganda semu;

    (c) kata ganda separa;

    (d) kata ganda bersajak atau berima;

    (e) kata ganda berimbuhan

    ReplyDelete
  8. Boleh berikan contoh tentang kata ganda semu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang. Sebagai contoh:

      Agar-agar, anai-anai, anting-anting, biri-biri, kura-kura, labah-labah, laying-layang, oleh-oleh, onde-onde, panji-panji, undang-undang.

      Delete
  9. Terima kasih atas contoh yang diberikan. Jadi, saya juga mendapati dalam penulisan saya juga telah menggunakan kata ganda semu. Contohnya, baru-baru, kanak-kanak, langkah-langkah.

    ReplyDelete
  10. Saya berasa amat bersyukur atas pandangan dan kesalahan yang ditunjukkan oleh kamu semua, bantuan anda teramat saya hargainya.

    ReplyDelete
  11. Hi^^
    *para penghidap-penghidap*
    Jika sudah ada para, tidak perlu perkataan yang di belakang tidak perlu dibergandakan lagi.

    ReplyDelete
  12. *Selain itu, daripada warga emas dan kanak-kanak*
    - Saya bercadang untuk menukarkan ayat ini kepada (selain daripada)

    ReplyDelete
  13. *Diharap langkah-langkah (Di perenggan terakhir sebelum Rujukan)

    - Saya bercadang untuk menukarkan ayat ini kepada harap langkah-langkah yang dikemukakan diatas(...) .

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Paulien. Saya setuju atas pandangan kamu. Saya juga sedar bahawa ada kesilapan yang hampir sama dengan kesalahan yang kamu tunjukkan iaitu dalam ayat ini 'Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik, saya berasa langkah-langkah berjaga-jaga boleh ditukarkan kepada langkah berjaga-jaga atau langkah-langkah berjaga.

    ReplyDelete