Hi, kawan-kawan! Baru-baru ini saya telah membaca satu berita tentang cara menjaga kesihatan semasa jerebu. Saya berasa saya perlu berkongsi di sini agar kesihatan kita terjaga.
Penjagaan Kepada Penghidap Penyakit Kronik
Ketika Keadaan Berjerebu
Selain itu, daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap-penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk
akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang
sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu
dan diserap ke dalam cell darah.1
Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah),
penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes
(kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari
rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.
Kajian menunjukkan terdapatnya peningkatan serangan asma, peningkatan
jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah
nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu2. Ada
juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan
udara berjerebu.3 Oleh itu adalah penting bagi penghidap
penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada
terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka supaya menjadi lebih
teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh
penghidap penyakit kronik:
- Elakkan diri daripada keluar
dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
- Jika perlu keluar daripada
rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan
pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan
susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
- Minum air kosong yang cukup,
iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Keadaan berjerebu yang
kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana
ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
- Ambil ubat anda seperti yang
disarankan oleh doktor.
- Lakukan senaman di dalam rumah.
- Makan makanan yang seimbang.
Kurangkan garam dan gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian
anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
- Pastikan anda memberitahu
keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat
membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
- Jangan merokok.
- Dapatkan rawatan segera jika
anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala,
mual dan muntah.
- Layari http://moh.gov.my/v/terkini_jerebu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai
situasi jerebu di tempat anda
Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik
untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.
Rujukan
1.
The Haze and Health: A
Blog About the Fog Kay Leong Khoo, FAMS, MBBS, MMed (Int Med), 2006
2.
American Thoracic
Society. What constitutes and adverse health effect of air pollution? Am J
Respir Crit Care Med 2000;161:665-73.
3.
Bai N, Khazaei M, van
Eeden SF, Laher I. The pharmacology of particulate matter air pollution-induced
cardiovascular dysfunction. Pharmacol Ther 2006; [Epub ahead of print].
26-06-2013
SELAMAT MEMBACA....
SILA MEMBERI KOMEN ANDA,
SILA MEMBERI KOMEN ANDA,
KOMEN ANDA AMAT SAYA HARGAI!!